Monday, August 31, 2009

mahkamah hati

Salam Kemerdekaan....tiba tiba merasakan ada yg patut dimerdekakan pada diri sendiri..Merdeka minda? Merdeka jiwa? Merdeka hati?
Perlukah diadili minda,jiwa @ hati yg hendak dimerdekakan??? Mahkamah mana yg perlu diterjah??? kerna...Mahkamah pengadilan itu ada 3.
Pertama, Mahkamah dunia...saksi, pendakwa & hakimnya adl manusia biasa. sayangnya...Tidak ada keadilan yang muktamad & mutlak di dunia ini... jerung sering bolos,bilis sering digilis.
Kedua, Mahkamah Akhirat...hakimnya ALLAH Yang Maha Adil. Apa yg ada pada DIRI akan hidup untuk menjadi saksi. Di sana tertegak keadilan hakiki.Tak mungkin siapa pun dpt lari...
Ketiga, Mahkamah Hati...SAksi,pendakwa &hakimnya adl HATI SENDIRI.Kita tidak akn mampu menipu Allah & Hati Sendiri. kerna itu jua,Hati-hati menjaga hati, agar hati itu tidak mati.
Sering diperkatakan...Berani kerana benar, takut kerana salah..
Aku juga percaya bhw Benar itu sumber keberanian..salah itu punca ketakutan. Rasa bersalah sangat menyeksakan selagi tidak ditebus dgn taubat& maaf. Bersalah dengan manusia pun sudah cukup meresahkan, apatah lagi bersalah kepada Allah.
Dosa itu derita...kerana yang salah @ dosa itu sangat memberi kesan pada jiwa.Rasulullah ada menjawab..."Dosa adalah sesuatu yang menyebabkan hati kamu resah dan kamu tidak suka jika orang lain melihat kamu melakukan dosa itu."
Oleh itu, awaslah wahai diri..Dosa itu adalah racun..bahananya akan merosak secara perlahan @ mendadak.
Jesteru, sering seringlah bersidang di mahkamah hati. Selalunya hati tidak akan brdusta selagi ia tidak mati...
Jom Muhasabah Diri di Mahkamah Hati...

3 comments:

Anonymous said...

memang kita kena jaga dari buat dosa...mari muhasabah diri dlm bulan posa ni..

ALADHHA said...

kekadang x sedar pun terbuat dosa dosa kering kalau x da yg mengingatkn & menegur... Istighfar selalu...

Marsch Joe Cole said...

kekadang x sedar pun terbuat dosa dosa kering kalau x da yg mengingatkn & menegur... Istighfar selalu...

ooo.. patutlah u olz selalu kering ek... rupenyer buat doser kering. ye ke??